Tuesday 2 October 2012

Pengorbanan Seorang Ibu dan ayah

Sumber: http://mariafirdaus.blogspot.com/2012/04/pengorbanan-seorang-ibu.html

Assalamualaikum,




"Buat mak dan ayah maafkan Along dan keluarga andai ada kata dan perbuatan kami menyinggung hati dan perasaan mak. tak terbalas segala jerih perit mak dah ayah membesarkan Along. dah skrang anak-anak Along plak mak jaga dengan penuh kasih sayang. Marah lah mereka kalau itu yang terbaik, macam mak marahkan Along masa kecik dulu, along tahu itu untuk kebaikkan mereka jua. Ayah maafkan along andai ada Along terlawan cakap dan terkasar bahasa. itu atas kejahilan Along sendiri. Moga mak dan ayah sentiasa sihat dan bahagia serta dilimpahi hidayat dari yang Esa."


Saya ada terbaca kisah ini di salah satu blog sahabat ternak saya ( ruuk link pautan diatas). Mengalir air mata saya. Saya rasa ia satu perkongsian yang amat baik oleh Pn Jamilah yang melalui pengalaman terindah dalam hidup beliau.

Kepada kita yang masih punyai Ibu bapa juga kita sebagai ibu bapa kepada anak2 kita..berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa kita sebagai suruhan Nabi SAW dan Nas Al Quran ;

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Maksudnya:Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-Ankabut:8)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, baginda bersabda: Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah tergantung pada kemurkaan kedua ibubapa (Hadits riwayat at-Tirmidzi)

KISAHNYA BERMULA DI SINI

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang?“ Mak jawab:“InsyaAllah, abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!”Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!”Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. “Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.” Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!“ Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita. Lakukan yang terbaik.

1) Balaslah segala jasa kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, doakan kepada mereka setiap kali selepas solat. Minta diampunkan segala dosa mereka.

2) Jagalah anak anak kita sebaiknya. Lakukan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat.

Wassalam

Monday 1 October 2012

Gambar keletah Maria & Clara

Layan kan aja.....

 Maria & Clara berebut susu....
 keduanya sihat dan lincah
 Clara aktif lompat lompat walaupun baru berusia 3 hari
Maria kekenyangan sleeping time....

Friday 28 September 2012

Kembar Sulong - Maria & Clara

Salam Sejahtera buat semua pengunjung,

Tanggal 27 September 2012, terpahat kenangan indah buat Dino Agrofarm.
Dyana yang semasa dibeli dari tuan nya ustasah eton telah dikhabarkan hamil.
menurut ustasah eton, Dyana dijangka akan melahirkan anak pada sekitar hujung bulan October atau awal November.
tapi ternyata jangkaan tersebut meleset. Dyana selamat melahirkan baby betina kembar sekitar jam 1-3 petang semalam.

Dyana bersama Maria ( black & white ) ada kat kaki blakang Dyana tengah cari nenen & Clara ( soft brown & grey ) sedang dijilat Dyana untuk proses pembersihan. Nampak caring jer Dyana ngan baby kembar dia....

Menurut ayah, pada jam 10 pagi ketika sedang memberi Brunch ( breakfast & lunch ) di Dino Villa Dyana telah kelihatan cirit-birit. Dyana dipindahkan di wad sebelah untuk proses pembersihan. mulanya ayah tak ambil pusing bekenaan kandungan atau mungkin dah sampai masa Dyana nak beranak. So macam biasa Dyana diberi daun jambu batu sebagai ubat tradisional cirit-birit bagi kambing. memang mujarab.... tinja dyana kembali sihat. hehehehe.....mungkin salah satu proses bersalin untuk kambing kot kasi bersih saluran untuk baby nak keluar... may be....

pada jam 4 petang ayah mcm biasa naik ke Villa Dino untuk fasa lunctea ( lunch + tea time ). hahahah.... ayah jadi pelik sebab dyana terbaring n mengah-mengah.... 
pada ketika itu juga kelihatan air melekit yakni air ketuban dan selaput/karung baby dyana dah keluar.... ada bunyi pelik ... bunyi budak menjerit.... bila naik jer.. ke kandang dah berdiri 2 ekor baby kambing aka kid ni.... separuh basah...

kelam kabut juga lah pasal first time kan tgk kambing bersalin. so terus siapkan wad asal Dyana , hampar tikar yang sememangnya ready untuk dia sebaik sahaja siap villa dino tempoh hari....
nasib baik wad tersebut dah siap dibasuh bersih akibat dari tinja yang cair pada paginya tadi....

so bila aku balik jer ke rumah dah hampir senja... tak sempat nak snap pic dari jarak dekat. lepas ayah jumpa baby tu, ayah teruskan proses menyapu iodin yang dah ada atas kandang...( standby )... so bila aku balik jam 645 ptg aku boh lagi. heheheh tapi mcm dah kering jer tali pusat maria&clara tue.... syukur... sehat dan cergas kembar ni...
aku try pegang dan angkat lah kembar ni... hahahah tak rasa pun kecik jer.. besar kucing dewasa lah juga.... anggaran berat bawah 2kg..... tengok lah hari kalau sempat nak timbang si kembar ni....
next chapter maria & clara in action plak....

Monday 24 September 2012

senarai pembekal makan hewan aka pelet

berikut untuk kegunaan dan panduan sahabat sekalian...
kredit to: http://kianagro.blogspot.com/2008/04/pengilang-makanan-ternakan.html

Kuala Lumpur
Central Feedmills Sdn. Bhd.
03 6256 2800
11 Kawasan Perindustrian Barat,
Jinjang New Village, Jinjang Utara,
52000 Kuala Lumpur
Sin Hen Feedmills Sdn. Bhd.
03 6256 5736
3563 Jalan Tun Razak, Jinjang Utara,
52000 Kuala Lumpur
Selangor
Cargill Feed Sdn Bhd.
03 3101 1880
Lot No. 55711, Dry Bulk Terminal,
Jalan Mawar, Pulau Indah (West Port),
42009 Kelang
Federal Flour Mills Bhd.
03 6156 5888
Lot 2832, Batu 15 ½,
Sg Pelong,
47000 Sg Buloh
Feedmill Malaysia Sdn. Bhd.
03 7956 6477
3 Jalan Semangat ,
46100 Petaling Jaya
Gold Coin (M) Sdn. Bhd.
03 3176 6180
Jalan Parang, Pelabuhan Utara,
42000 Port Klang
KFC Integrated Poultry Industry Sdn. Bhd.
03 3176 6951

03 3176 6952
03 3176 6953
Jalan Parang, Pelabuhan Utara,
42007 Pelabuhan Kelang
Yee Lee Feed Mill Sdn. Bhd.
03 7876 4509
4 Road 241, Section 51-A,
46100 Petaling Jaya
Melaka

Cargill (M) Sdn. Bhd.
06 232 0633
174 Kawasan Perusahaan Ayer Keroh,
75450 Melaka
Charoen Pokpand Feedmills Sdn. Bhd.
06 677 1801
Lot 10 Miel Building,
Senawang Industrial Estate,
70450 Melaka
Chin Siew Few.
06 282 6026
7.75 Mile Paya Rumput,
76450 Melaka
Gymtech Feedmills (Leong Hup).
06 351 2992
Lot 13-A, Kawasan Perindustrian Alor Gajah,
Bukit Rambai,
75250 Melaka
Ideal Multifeed (M) Sdn. Bhd.
06 351 8303
51, Jalan Pengkalan Fama,
75100 Melaka
Sin Heng Chan (M) Bhd.
06 283 6595
82, Jalan Kilang,
78000 Melaka
Sin Mah Multifeed Sdn.Bhd.
06 556 2445
AG 5730 Kawasan Perindustrian,
78000 Melaka.

Johor


Cemerlang Tani Sdn Bhd
Kota Tinggi Johor
Tuan Noor 016 769 5669
En. Amirul 012 591 2007
Cik Liyana 012 794 9082
cemerlang_tani@yahoo.com

Gim Him Feedmill Sdn. Bhd.
07 236 1617
309, 6.5 Mile Jalan Skudai,
80200 Johor Bharu
Gold Coin (M) Sdn. Bhd.
07 237 1603
33, Jalan Petaling,
Larkin Industrial Estate,
80350 Johor Bharu
Johor Bharu Flour Mill Sdn. Bhd.
07 251 2211
Kawasan Lembaga Pelabuhan Johor,
81700 Pasir Gudang
Lian Tai Feedmill Sdn.Bhd.
07 354 1384
7.25 Mile, Jalan Kota Tinggi,
81700 Johor Bharu
Pahang

Sin Heng Chan (East Cost) Sdn. Bhd.
09 583 4344
Kawasan Perindustrian Gambang,
26080 Kuantan, Pahang

Perak

Dindings Soya & Multifeed Sdn Bhd.
05 261 9055
Jalan David Sung, Batu Undan,
32200 Lumut

Nam Yong Huat Chop.
05 546 1091
1 Lorong Pasar, Jalan Timor 1,
31900 Kampar

Pulau Pinang

Ang Hock Stockfeeds Mfg. Sdn Bhd.
04 323 2817
369 Sungei Puyu,
13020 Butterworth

Anglo- Malayan Trading Co. Sdn. Bhd.
04 828 0378
8-B, Jalan Jelutong,
11600 Penang

Cargill (M) Sdn. Bhd.
04 320 8727
2400 MKI Tingkat Perusahaan 2,
Prai Industrial Estate,
13600 Prai

Gold Coin (M) Sdn. Bhd.
04 323 7631
4842 Jalan Permatang Pauh,
13400 Butterworth

Leong Huat Farming Sdn. Bhd.
04 582 4590
1306 MK 4, Jalan Tasek,
Kg Valdor.
14200 Sg. Bakap

Liang Teik Trading Co Sdn. Bhd.
04 582 4422
1466 MK 15, Valdor Village,
14200 Sg. Bakap

Soon Soon Oil Mills Sdn. Bhd.
04 390 8197
948 Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam

Teoh Huat Feedmill Sdn. Bhd.
04 583 1422
3246 Jalan Besar,
14300 Nibong Tebal

Tong Giap Feedmills Sdn. Bhd.
04 593 4098
3245-6, Main Road,
14300 Nibong Tebal

Pin Wee Feedmills Sdn.Bhd.
04 390 1116
972-973 , Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh

Zue Guan Feedmills Sdn. Bhd.
04 588 7458
1598 Jalan Bukit Tambun,
14100 Simpang Ampat

Sabah

Desa Cargill
08 842 8996
08 842 1376
Lot 52, Lorong Sebor ,
Jalan Kolombong, Off Jalan Tuaran,
88849 Kota Kinabalu

Fedflour Trading (Sabah) Sdn. Bhd.
08 842 6310
08 842 9640
08 842 9641
P.O. Box 14327,
88849 Kota Kinabalu

Sabah Flour & Feedmill Sdn. Bhd.
08 741 2211
Pulau Enroe, Ranca-Ranca Industrial,
P.O. Box 382,
87008 Labuan

Sarawak

Gold Coin (Sarawak) Sdn. Bhd.
08 233 3996
Kawasan Perindustrial Bintawa Pending,
1149 Jalan Tenaga,
93450 Kuching

Heng Feng Industrial Sdn. Bhd.
08 248 0560
Lot 1333 Section 66,
Jalan Mesawa Industrial Estate,
93450 Kuching

Kuching Feedmill Sdn. Bhd.
08 233 6093
37 Upper China Street ,
Kawasan Perindustrian Pending

Redflour Trading (Sarawak) Sdn. Bhd.
08 248 2751
Lot 974 Pending Industrial Estate,
93450 Kuching

Sarawak Fodder Co. Sdn. Bhd.
08 233 3287
127 Pandungan Road,
Kawasan Perindustrial Pending,
P.O Box 286,
93704 Kuching

Tong Kwong Feedmills Co. Sdn. Bhd.
08 233 2685
Batu 2.5, Jalan Pending,
93450 Kuching

Senarai Pembekal / farmasi hewan

Untuk kemudahan bersama....geng ternak semalaysia..
Berikut saya senaraikan alamat dan no telefon farmasi hewan.....
sumber : http://kianagro.blogspot.com

Lazuli Sdn Bhd
19, Jalan SS 5A/11, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7874 9244

Life (Veterinary) Sdn Bhd
115, Taman AST, Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06 761 5575

Ideal Multifeed (M) Sdn Bhd
No. 9578, Kawasan Perindustrian Tangga Batu, Tanjong Kling, Melaka
Tel : 06 351 8303

Biomin (M) Sdn Bhd
No 29, Jalan Batai Laut 3, Kawasan 16, Taman Intan, Klang, Selangor
Tel : 03 3342 9663

Eli Lilly (M) Sdn Bhd
Unit 3A01, Level 3A, Block C Damansara Intan,
No. 1 Jalan SS20/27, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7729 3208

ABEE Consultant Sdn Bhd
17, Jalan PJS 11/16,Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 5634 7099

Agritech Enterprise Sdn Bhd
22, Jalan SS4C/5, Taman Rasa Sayang, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7803 3226

Alltech Biotechnology Corp Ltd
Unit 926 9th Floor, Block A, Damansara Intan, No 1 Jalan SS 20/27,

Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7118 2580

Animal Health Centre
No 39, Tingkat Kurau 4, Chai Leng Park, Perai, Pulau Pinang
Tel : 04 390 1771

Berg & Schmidt Malaysia Sdn Bhd
1st Floor, Wisma Paos, No 65, Persiaran Selangor, Section 15, Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5513 5461

Ceva Animal Health Asia Pacific
3.06,Level 3,Wisma Academy,Lot 4A,Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7957 4440

Champion Pedigree Sdn Bhd
22 Jalan SS15/4, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 5880 9288

Chia Chu Long Trading Co
Wisma KGN, Block 123-G-07 Pengkalan Weld, Georgetown, Pulau Pinang
Tel : 04 262 9725

Elanco Animal Health
Unit 3A01, Level 3A, Block C, Damansara Intan, No.1, Jalan SS 20/27,

Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7727 3836

Farm Care Sdn Bhd
48-3,Jalan Radin Tengah Seri Petaling, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tel : 03 9057 3669

Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd
Jalan Parang, Pelabuhan Utara, P.O.Box 68, Port Klang, Selangor
Tel : 03 3176 7311

Great Wall Nutrition Technologies Sdn Bhd
Plot 511 Zone 12, Jalan Keluli ,Pasir Gudang Kawasan Perindustrian,

Pasir Gudang, Johor
Tel : 07 251 7212

Horse City Sdn Bhd
No. 28, Jalan PBS 14/6, Taman Perindustrian Bukit Sri Kembangan, Serdang, Selangor
Tel : 03 8948 3809

Lintrachem Enterprise Sdn Bhd
21 & 23 Jalan TS 6/10A, Taman Industri Subang, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 5633 0408

Ming Enterprises
4, 1st Floor, Jalan SS 2/66, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7874 6750

Pacific Vet Group (M) Sdn Bhd
Bay C8 Lot 886, Jalan Subang 9, Taman Industri Sungai Penaga,

Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 8024 9508

Pfizer (M) Sdn Bhd
Level 3 & 4, Bangunan Palm Grove, No. 14, Jalan Glenmarie (Persiaran Kerjaya),

Section U1, Shah Alam, Selangor
Tel : 03 5568 6688

Phibro Corporation (M) Sdn Bhd
Suite W308, West Tower Wisma Consplant 1, No 2,

Jalan SS 16/4, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 5634 1238

Pin Wee Group Bhd
Plot 31, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 9,

Taman Perindustrian Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tel : 04 508 1099

Predicare Corner
25, Jalan SS 15/8B, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 5636 8164

Pusat Haiwan Koh
3, Jalan Temenggong 11, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor
Tel : 07 558 8055

Rhone Ma (M) Sdn Bhd
Lot 18B, Jalan 241, Seksyen 51A, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 7873 7355

SCC Corp Sdn Bhd
No. 19-21, Jalan Hujan, Taman Overseas Union,

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Tel : 03 7782 8384

SPCB Sdn Bhd
No. 67, Jalan Jagong, Pandamaran, Port Klang, Selangor
Tel : 03 3168 6214

Trizon Enterprise Sdn Bhd
No. 12, Jalan U5/28 (PS) , Seksyen U5 (Panasuria), Shah Alam, Selangor
Tel : 03 7846 2558

VP Marketing Sdn Bhd
31-2, Jalan Radin Anum Dua, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur,
Tel : 03 9057 5768

Vemedim Sdn Bhd
No. 60, Jalan Permai 1/33, Subang Permai, Subang Jaya, Selangor
Tel : 03 8024 7118

Yau Enterprise Sdn Bhd
No 1 Jalan PJS 11/ 18, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03 5633 0071

Sunday 23 September 2012

sepetang di Dino Agrofarm.

Salam Pengunjung dan sahabat ternak semua.

Hujung minggu biasalah kalau tak di kandang di bendang ( bekas tapak bendang)...

apa kes plak kali nie... almaklumlah... Villa dah siap dan tersergam ditapak yang ditetapkan...
tangga turun naik kambing dan tuan tuan kambing dah siap berbumbung.
 tangga pun dah siap dan dah test run oleh semua kambing kambing tu... siap bleh main kejar kejar... turun naik tangga....
 luas lagi kawasan kandang utama.... tapi buat masa ni sebab kudrat ayah tak mengizin kan utk top up makanan lebih dari 3 guni sehari so....tak tambah induk lagi buat masa ni.,... lepas kebun napier dah menjadi baru bleh tambah induk.
 buat masa ni spital bersalin baru naik 3. pasal baru sekor induk yang tgh sarat 1-2 bulan lagi ada lah hasil...
lagi pun projek ni untuk test kemampuan dan kemesraan kami pada ternakkan kambing... bak kata orang minang kalu rasi baru buleh pergi to next level
 luas kan, masing bleh lepak sesuka hati. kandang utama saiz 19x9 yang mana kalau ikut keluasan persegi bagi sekor memerlukan +- 8 kaki persegi seekor, so ikut besarnya kandang utama ini bleh muat 15 hingga 20 pada satu satu masa..
pandangan sisi utk wad bersalin.... kawasan kosong tempat letak penyapu dihadapan ni bakal jagi taska anak anak kambing kelak..... moga dipermudahkan.


aksi aksi bapak di kandang ini..... actually muda lagi... tapi dah start membaka... huhuhuhu aksi bleh tahan.. siap jelir jelir lidah tue waakaaaka../.....
tengah rehat dan asah kuku....









 next projek ..tu dia.... naik dah tiang tiang pagar utk elak kambing masuk kebun moktan jiran sebelah..... eso lusa kompen masuk tu hahahaha....
 gambar penyeri..kelapa mawar yg tgh hebat berbuah..... pokok kenit jer tapi... 5 tandan dok tgh bergayut...
 tinggi lagi lantai kandang dari buah buah kelapa ni
 dawai pagar yang tunggu hari nak pasang.... tiang belum simen lagi pasal hujan... air bertakung kat dalam lubang tiang
keseluruhan kandang dari belakang rumah...... kandang transit bakal berubah wajah menjadi reban ayam kampung..tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...............

Friday 21 September 2012

Villa Dino dah siap sepenuhnya....

Villa Dino full version.

lamanya tak post something disini....
maklumlah setelah hampir sebulan bertungkus lumus menyiapkan kandang baru untuk kambing kambing sekalian..

Dalam post kali ini hanya cerita dapat disajikan... ( updated bergambar dah )
gambar akan di upload kemudian ok.... tak sempat..... sebab last weekend balik kampung....
amik angin sambil berehat dari kerja kerja rencam.....

so next agenda pula, kawasan ragut pula akan dipagar....
dah naik 5 batang tiang pagar konkrit...
ayah buat sorang sorang...
maklum aku isnin sampai jumaat memang tak dapat nak membantu.....
smalam balik dari kerja tgk dah tegak 5 batang tiang...
so maka dgn ini tersedialah job untuk this coming weekend... tanam tiang...

kompon keluar peluh jantan... yerlah.. mana tak nyer... nak korek lubang lagi... nak pikul tiang konkrit kelubang lagi.....
nak bancuh simen lagi...
tapi kalau dah minat semua tue jadi lumrah..... dan untuk mengurangkan kos pembinaan...
sebab boleh buat... kalau tak mmg akan panggil pak indon yang buat semua nih....


telah menjadi darah daging aku kot....
darah bertukang nie mmg dah ada dalam badan aku ...
dari atuk , turun kat ayah sampai lah kat aku....
cuma aku bertukang sekadar boleh jer lah...
tak sehalus kerja seni bertukang atuk....
tak secermat ayah kerja tukang ayah....
namun dah ada lah sejarah dan bukti aku mampu bertukang... heheheeh....
dah kandang ini paling latest lah......


harapan satu hari kelak.... bam bam akan aku perturunkan ilmu tukang nie...
sebagai warisan mengeluarkan peluh jantan.......
sehingga ketemu lagi........

Tuesday 11 September 2012

Villa Dino at 80% progress





 Salam pada semua pengunjung serta rakan taulan......

Projek pembinaan kandang kambing yang memakan masa hampir sebulan ini telah hampir siap secara keseluruhan.



Oleh kerana faktor keadaan kandang transit yang semakin berbau akibat dari bahan kumuhan penghuni nya, kami sepakat menyegerakan perpindahan mahkluk makhluk yang bernama kambing itu.......
 Ketinggian lantai dari permukaan tanah yang agak rendah mengakibatkan bau amonia hasil dari pembuangan air kecik sang kambing sangat kuat. Tinja kambing pun dah mula berkulat. 
Makanya kandang transit ini bakal di ubah wajah menjadi reban ayam kampung kembali kematlamat asal......

 Keadaan Villa sebenar sang kambing dari hadapan. Tangga, Kandang utama dan lantai telah siap sepenuhnya. 20% lagi yang tinggal hanyalah pagar untuk tangga dan pagar serta petak induk bunting.


 hahaaha hasil dari kekreatifan yang sumber kayu kayan terpakai ( rumah unyang lah nie...... ada antaranya kayu telah reput dan dimakan anai-anai.... ambil yang masih utuh sahaja.... selebihnya buat bahan unggun api sang kambing )
 Lokasi jalan tengah dan petak induk bunting yang masih terbengkalai.......
 pagar kandang utama dari papan terpakai.....
 Induk yang tengah sarat.... dah nak masuk 4 bulan kot..... dyana.... kandangnya masih belum siap terpaksa di satukan di kandang utama....
 keadaan penghuni yang masih terpinga-pinga masuk tempat baru...... lantai dah siap minyak....heheheh
 palong makanan yang gedabak besar.... tapi puas hati..... hasil buah fikiran En. Hapizan....  Iparku...


 Memey terpaksa diikat kerana kerap dilihat menanduk induk bunting dyana.... marah kot.... ada mama in the house...
 Jenny keletihan akibat penangan Telo.... hahahaha sebulan dok berjauhan dgn Penjantan utama bila disatukan .... ini lah akibatnya.... huhuhhuhuh
 Telo usha si Jenny.... baik punya ayat....... Qiqi antara kambing yang super dupper aktif.... meloncat jer kerja nya....
 J-Lo yang telah diketahui umum yang paling nakal sampai terangkat Meme di tanduknya... so akibatnya kena ikat lah juga....
 Antara proses Telo mengusha si Jennny....
 Qiqi tengah makan beradab..... heheheh....


 Lagi Qiqi Posing..... sambil kunyah rumput..
Ruang keseluruhan kandang utama 19kaki x 9 kaki... 9 asalnya 18 kaki x 9 kaki.... bila tiang batu siap dan dipasang lantai utama jadi 19 kaki....) heheheh silap ukurang lah tuh....


apa pun syukur pada Ilahi hasil penat lelah dari cuti raya sampai lah semalam telah membuahkan hasil... penghuni kelihatan lebih ceria sebab tempat main yang lebih luas untuk mereka berenam.... ( akan ditambah penghuni bila budjet tersedia ada... )

Monday 3 September 2012

Bakal Penghuni Villa Dino

Seperti yang dijanjikan.........................

 

 Ini dia Dyana...Induk bunting 3 bulan kata Utasah eton Dengkil......tq utasah......... moga makin berkembang biak kambing kambing utasah kelak........
 Jenny......... si comel katchang ....tanduk agak pendek.....
 Penjantan utama di Villa Dino....... inilah Telo .....masih muda baru setahun setengah plus plus... tapi tegap dan telah dilihat beraksi cemerlang......hahahahah ... ( aksi tidak akan di dedahkan.....wakakakak )
 Telo sedang menjilat garam bukit.....bukit mana tidak pula diketahui...( bukit merah or bukit gantang )
 Kambing kesayang anak sulong ku.... MEME.... sangat manja.........
Yang suka posing ni pula.... si Qiqi.... Ratu Dino Agro Farm kelak....
 Antara penghuni yang suka menanduk dan agak garang.. si J-Lo..... yang jadi mangsa sudah pasti si Meme... ( sian meme...kata Athirah anak sulongku )...
 Qiqi sedang test garam bukit yang baru diletakkan dalam kandang transit mereka...
Telo sedang menggesek badan lepas jilat garam...... Telo dan Dyana dibeli dari utasah Eton Dengkil member adikku............. sekian dulu...........

Iklan penghuni direquest khas oleh adikku .................
 Imran.... as per requested....................... chow.........

Villa Dino at 50% complete

Villa Dino Fasa ke-2..........

  

Pembinaan Villa Dino telah sampai ke fasa ke-2 yang mana cuti hari merdeka dimanfatkan sepenuhnya oleh kami anak beranak untuk menyiapkan Villa ini.....
 Ini hasil semasa cuti raya puasa kelmarin....

Taaaaaaaada........................... hahaha dah siap....... opssss ni bukan Villa yang dimaksudkan... hanyalah istane hinggap sementara Villa sebenar siap seperti kandang di belakang sana.....


 Ini lah Villa yang dimaksudkan.... Hampir 50% siap..... banyak lagi kerja-kerja kayu yang perlu dilakukan.....
 lantai ada lagi 40% masih kosong........
 Lantai kandang utama hampir 90% siap.... keluasaan 19kaki x 11kaki.... boleh lah.... dapatlah penghuninya nanti nak beraksi yang berteduh......
 penggunaan kayu terpakai 30% dan kayu-kayan baru 70% agak membimbangkan ... tapi nak buat cam ner takda kayu terpakai.... harga kayu terpakai tak byk beza dari kayu fresh dari kilang.....
 antara batas rumput gajah aka napier yang bakal dijadikan benih bila besar nanti untuk di tanam di kawasan khas kelak.......Tungguuuuuuuuuuuuuuuu.....
 Benih diperolehi dari Wak Salleh ( betul kot ingat-ingat lupa nama wak)  dengkil ...penternak lembu pedaging ditepi jambatan dengkil.
 dah tumbuh hampit 5 inchi... mak memantau perkembangan rumput rumput yang ditanam....siap dan baja setiap hari.......
 Lagi......napier gajah...
 tak banyak sangat tapi boleh lah sekadar mengurangkan beban ayah mencari rumput....... hehehhe..



sekian dulu....... next chapter......Bakal penghuni Villa Dino.......