Wednesday, 29 August 2012

Tuan tanah dan MD....



Salam Semua,
Antara wajah wajah  penyumbang idea, tanah dan modal di DINO Agrofarm.


Ini lah 2 insan yang telah merealisasikan impian, cita-cita dan hobi ku selama ini.Mak sebagai Tuan Tanah manakala Ayah sebagai Managing Directornya..
 Ini pulak adik ke-4 ku... bertindak sebagai sleeping partner dan shareholder pada ayah.... pasal dok merantau lagi .. balik sok cuci kandang lah jawab nya....

Hehehehe... aku dan isteri hanya tumpang gembira usaha murni mak dan ayah... dan memberi buah fikiran dalam merealisasikan semua ini.... next phase tambah induk........itupun tgk modal sendiri. kira masuk share lah... hehehe cuma masa yang bakal menentukannya....

nie pulak baka baka kami pula.....
 heheheh tak lah ni lah buah hati pengarang jantung kami... yang bakal mewarisi impian dan cita cita kami...InsyaAllah......

kandang kambingku - fasa 1 telah bermula

 Salam pengunjung sekalian...

Niat dan cita-cita serta impian untuk membela dan membelai hewan yang di beri nama kambing telah dimakbulkan Ilahi......
ni mak aku yang bagi nama "meme"....
( bukan celeb tue yer... pasal cara dia mengembek tak jelas huruf k dia )....
jenny kambing comel... asyik kena tanduk dengan meme... hahahaha gurau gurau kambing lah tuh kot

Ceritanya bermula ketika usia perkahwinanku menganjak setahun.

Pada ketika itu ada pakcik sebelah wife mempelawa untuk menternak hewan bernama kambing ini.

 ini lah wife aku.... hahaha yang banyak bagi sokongan moral dalam menjayakan projek kambing dino agro farm ni....

hahahah... tapi cerita setelah melawat tapak dan berbincang cara penjagaan dan pengurusan hewan ini, kata sepakat tidak tercapai dan sepupu wife aku pun telah melaburkan simpanannya ke bisness lain... so balik semula makan gaji....


Jadi setelah usia perkahwinan aku masuk tahun ke-7, bos ayah aku merangkap jiran aku bertanyakan "nak bela kambing tak.... ada orang nak bagi free"....

pergh terus naik aura penternak semulajadi dalam hati aku......

so setelah berbincang dengan teliti secara anak beranak..... aku, ayah, mak dan adik lelaki setuju untuk mengambil kambing-kambing induk sebagai hewan belaan kami sekeluarga sebanyak 4 ekor... pada minggu ke dua puasa yang lepas.......

oleh kerana desakan masa dan faktor bulan puasa kami tangguhkan dulu pembinaan kandang yang bermodalkan keringat dan kayu kayan rumah lama Arwah Unyang....( rumah lama dah tinggal dari reput, aku cadang ayah rembat kayunya buat kandang)....

lepas tue ntah macam mana adik aku yang masih belajar ni pump skit duit biasiswa dia...( punya lah minat) ...
terkilan lah juga... aku tak sumbang apa pun.... ( aku cuma beli alatan rencam nak wat kandang)....

mak kata "tak per.... along tolong ayah jer..... tak larat ayah nak buat sorang...kandang tu"

maka dengan semangat dan keringat yang lama dah tak tumpah kebumi....( dok opis dan laut jer... mana nak kuar peluh).....maka pada raya ke-6 2012 segala episod hobi dan impian telah lama bersarang dalam jiwa....
tapak simen konkrit sebelum naik batu untuk alas tiang kandang kelak....

 batu tiang udah hampir siap.....

 tiang setinggi pokok kelapa...( kelapa kenit jer....padahal....)
 keseluruhan tapak projek kandang kambing kami.... ( 18 kaki x 18 kaki )..comel jer kan....
inisiatif kat kawasan sawah belakang rumah.....

Dapat tolong ayah masa cuti hujung minggu jer..... so makanya cuti merdeka ni bakal jadi sejarah fasa kedua untuk pembinaan kandang kambing ini.... naik tiang dan atap serta lantai kalau sempat dan tak hujan.....


sampai ketemu lagi....di ruangan seterusnya.... sapa bakal lepak dalam kandang baru nanti.....